<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d15913923\x26blogName\x3daRynTheGurLpOWer\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://untukaryncomel.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://untukaryncomel.blogspot.com/\x26vt\x3d-2669961533173629237', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Saturday, November 29, 2008


PEACE!

peaCe!! ahaks! ni la aku ngan minah blonde. tapi macam pelikkan mana rambut blonde dia? hehehheheh biasalah kitaowang ni memang suka interprem. tak kira mana jerk tempat mesti nak amik gambar. biasalah pompuan² cantik macam kitaowang ni memang dilahirkan macam ni muahahaahaha. [actually minah ni nak gi kolej sebab tu rambut blonde dia disorokkan]

11:26 AM

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Booking Order completed successfully

Cinema: Cathay Cineplex City Square
Movie: Antoo Fighter
Date: Sat 29 Nov
Session: 9:20pm

Booking Number 95688

Ticket Type: 2 Movieline RM10.00 RM20.00 D14 D15
Booking Fee: RM1.00
Total Purchase: RM21.00

11:20 AM

Friday, November 28, 2008


RAHSIA PUNGGUNG

Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Iamenentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang man a satu anda??

1. Seimbang

Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke man a hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

2. Bulat

Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa berse man gat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

3. Tinggi

Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berse ron ok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Besar

Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang ro man tik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis no problem. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Rata

Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

5:52 PM

KUCING JANTAN & LELAKI
Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke...
Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi
berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan
sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.
Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang
bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau
tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,
bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi
seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih
tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni
tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar,
kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita
lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu,
sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok
kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur,
takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa.. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.
Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.
7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka
mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah
org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.
8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa
lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!
9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar),
mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan
lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,
lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati
mereka.. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.
10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo
keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan
cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang
conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang
memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak
ikut perangai kucing la)

5:45 PM

PERKAHWINAN : SUAMI & ISTERI

Perlulah diakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.

Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.

Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya.

Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).

- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.

Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim).

- Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.

- Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.

- Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).

Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar.

- Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.

Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).

- Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).

Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya.

Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih).

- Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.

- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.

- Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.

Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.: ``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''

5:35 PM

RAHSIA TARIKH LAHIR LELAKI BERDASARKAN BINTANG

LEO
(24 JULAI - 23 OGOS)
Orangnya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yg disayanginya. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego...(jejaka leo memang gitu).
Tips utk memikat: sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kewanitaan yg selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.
WARNING: Jgn.. saya ulangi.. JGN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajuk, balik bilang mak.

VIRGO
( 24 OGOS - 23 SEPTEMBER
)
Orangnya: pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng'eng. Suka mencari perhatian dari perempuan.
Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jgn banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2 kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng'eng.. kuat merajuk)
WARNING: Bila pergi dating, jgn pakai yg ter "over welming".. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.

LIBRA
( 24 SEPTEMBER - 23 OKTOBER )
Orangnya: cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal.
Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yg ceria, happy go lucky.. SO be urself!
WARNING: So bila nak date.. pakai lah make-up yg sederhana.. tapi jgn lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem.

SCORPIO
( 24 OKTOBER - 23 NOVEMBER )
Orangnya: action serius, mudah cemburu, mood swing..
Tips utk memikat: Sentiasa menghargainya.. nak bergayut di telefon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuannya dgn org lain.
WARNING: Buat pilihan yg betul bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jgn kata guek tak kasi warning).

SAGITARIUS
( 23 NOVEMBER - 21 DISEMBER )
Orangnya: Fu.. yoh.. siapa dpt memang untung... Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan2.. sort of adventurous.
Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? canoeing ke? anything asal kan jgn membosan kan ...
WARNING: Jgn "u plan.. i plan lah"..'confirm tak ada plan'.

CAPRICORN
( 22 DISEMBER - 20 JANUARI )
Orangnya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluahkan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda.
Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jgn give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal!
WARNING: Macam layang2 putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jgn mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti...

AQUARIUS
( 21 JANUARI - 19 FEBRUARI )
Orangnya: Pijak semut tak mati..
Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dgn u.
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org.. so sbelum dia tinggalkan kita.. kita blah dulu..huhu..

PISCES
( 20 FEBRUARI - 20 MAC )
Orangnya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy..
Tips utk memikat: Kasi jer belacan...
WARNING: Diorang tak suka macam belacan!

ARIES
( 21 MAC - 20 APRIL )
Orangnya: Anak mak! smart mamat intelligent.
Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya..
WARNING: Jika anda betul anda rasa aries ini pilihan anda, pilihlah. Kalau tidak, jgnlah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik.

TAURUS
( 21 APRIL - 21 MEI )
Orangnya: Mencabar. Garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri...
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real u..
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang... kesian takde orang lain layan...

GEMINI
( 22 MEI - 21 JUN )
Orangnya: Gemuk?! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang.. dalam apa2 persoalan jua mereka ada aje alasannya.
Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yg lembut, hatinya akan lembut jua.
WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dgn nya.. kalau dah tak tahan dgn mereka.. blah aje jgn banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.

CANCER
( 22 JUN - 23 JULAI )
Orangnya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya)
Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya... nanti habis duit dikebas.
WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi..sindri mau ingat ler..

5:16 PM

RAHSIA WANITA BERDASARKAN 4 UNSUR

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air – anak kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api – anak ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin – anak keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
Penasihat yang baik kepada suami.
Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
Bijak mewujudkan suasana selesa.
Hati yang cepat berubah ubah.

5:10 PM

SYAITAN LATNATULLAH!

Syaitan adalah keturunan yang berasal dari iblis. Iblis berkahwin dgn jin perempuan yang merupakan pengikutnya lalu dianugerahkan keturunan yang dikenali sebagai syaitan. Iblis pula adalah dari keturunan jin, merupakan moyang kepada syaitan dan pemimpin bagi syaitan dan jin kafir. Syaitan juga mempunyai kota yg menjadi tempat tinggal mereka. Kota-kota mereka terletak di-padang padang pasir, gunung ganang, pulau pulau terpencil dan di permukaan laut. Tempat tempat yg menjadi kegemaran para syaitan duduk beristirehat dan bermain main adalah didalam perigi yang kosong, tempat terdapatnya najis dan tempat membuang kotoran.

Iblis memiliki kerajaan yg besar yg terdiri dari menteri menteri, pemerintah, wakil wakil dan rakyat jelata. Di antara mereka terdapat 5 jenis iblis yang paling kuat pengaruhnya dan wajib seseorang itu berwaspada dengannya.

1) Iblis yg bernama Tsabar. Iblis ini sering mengunjungi orang orang yang sedang dalam kesusahan ataupun yang ditimpa musibah. Ia akan membisikkan kata kata yg tanpa disedari telah diucapkan oleh orang yg mengalami kesusahan itu. Orang yg telah ditimpa musibah akan berkeluh kesah dan sering menyalahkan ketentuan Allah terhadap dirinya. Inilah peranan iblis Tsabar dalam menyesatkan manusia.

2) Iblis yg bernama Dasim. Iblis ini akan berusaha memusnahkan kerukunan sesebuah rumahtangga. Ia akan menyuburkan perasaan benci, cemburu dan rasa curiga di antara pasangan suami isteri. Apabila terjadi demikian, maka terjadilah pertengkaran di antara suami dan isteri lalu diakhiri dengan perceraian.

3) Iblis yang bernama Al A'war. Iblis ini menggalakkan perlakuan zina dan keruntuhan akhlak. Salah satu peranannya ialah dengan menjadikan indahnya bahagian bawah seseorang wanita. Lebih lebih lagi terdapat segelintir wanita masa kini yg gemar memakai pakaian yang singkat dan seksi. Sesungguhnya ini cukup menggembirakan iblis Al A'war kerana dapat menlaksanakan tugasnya dengan sempurna.

4) Iblis yg bernama Maswath. Peranan iblis ini adalah mengadakan pembohongan yang besar dan kecil. Sesaorang yang termakan dengan bisikan iblis ini akan mereka reka sebuah cerita yg tidak benar ataupun menyebar fitnah.

5) Iblis ini pula suka berkeliaran ditempat tempat yg dipenuhi dgn manusia. Ia akan membisikkan kata kata yg mewujudkan permusuhan dan perselisihan sesama manusia. Sehingga ada di antara manusia yg sanggup membunuh sesama sendiri.

2:46 PM

Thursday, November 27, 2008


PENIPUAN?

Semalam 360 mengungkap kisah uztaz ni menipu. aku tak tahu lah betul ke tidak tapi apa yang Youtube ni tunjuk macam ustaz ni menipu Wallahualam . kowang pikir la sendiri ek betul ke tidak tapi dalam paper pon before ni dah keluar pasal kes ustaz ni tipu. apapun hanya Allah & ustaz ni yang tahu.


1:16 PM

FAHRIN & SCHA BERCINTA?



FAHRIN AHMAD pernah berkata, jika dirinya bertemu cinta baru, akan dipastikan bahawa wanita itu bukan lagi 'teman tapi mesra'. Janji Fahrin juga, jika sudah mempunyai kekasih hati, berita bahagia itu akan dikongsikan dengan semua.

Itu penjelasan Fahrin ketika diusik para wartawan saat dilihat hadir bersama pendatang baru Scha, dalam satu majlis berbuka puasa Ogos lalu. Ketika itu mereka masih teramat baru menjalin persahabatan dan pada masa yang sama, Fahrin baru sahaja diberitakan 'putus kasih' dengan bekas 'teman tapi mesranya', Linda Onn.

Berbulan-bulan membiarkan mereka selesa dengan terma persahabatan yang dibina, baru-baru ini Fahrin rela dirinya disaksikan semua apabila duduk di samping Scha di malam gala tayangan filem Histeria yang menampilkan wanita jelita itu antara pemegang watak utama.

Sah, Fahrin dan Scha sedang di alam romantis! Walaupun dari jauh, gerak-geri dua anak muda ini mudah diteka, mereka tak ubah seperti pasangan yang sedang ingin berkasih.

Dikala hidup sentiasa diperhatikan ekoran perang emosi bersama Linda yang tidak berkesudahan, timbul kisah indah, adakah benar si Fahrin sudah bertemu pengubat duka? Begini penjelasan Fahrin tentang bunga-bunga yang dikatakan sedang berputik di jiwanya.

"Saya tidak pernah hipokrit, saya tulus dan tidak berpura-pura. Kalau saya sedang berkawan baik dengan seseorang, orang lain akan tahu. Begitulah juga dengan persahabatan saya dengan Scha. Perkenalan kami terjalin sejak Ramadan lalu." kata Fahrin.

Bagaimanapun satu sahaja permintaan Fahrin, janganlah buat spekulasi terlalu awal dan memberikan tekanan yang tidak munasabah terhadap hubungan mereka. Sememangnya hubungan mereka sedang berjalan baik.Sejauh mana kayuhan mereka, terlalu awal untuk diterjemahkan.

Fahrin tidak seratus-peratus mengakui secara mutlak tentang perkongsian cinta yang datang bersulam, pun menafikan juga tidak.

"Bagi saya, perkara lalu (hubungan dengan Linda Onn) sudah 'mati' dalam fikiran saya. Fokus saya sekarang adalah untuk masa depan dan mencari yang terbaik untuk masa depan saya.

"Siapapun yang hadir, jika akhirnya dia yang saya pilih sebagai jodoh, maknanya itulah yang terbaik untuk saya," hela Fahrin, 29, dalam nada sedikit bertegas.

p/s : fahrin, sampai ati kau melukakan ati aku ni . takpe la maybe takde jodoh buat kita. aku doakan yang terbaik buat mu


9:30 AM

Wednesday, November 26, 2008


PASANGAN BAHAGIA - TAK MUSTAHIL
Wook 106 tahun bahagia dapat suami muda



HULU TERENGGANU - "Kami bahagia dan tak pernah bercerai walaupun ada orang menyangka kami tak tinggal bersama lagi."
Demikian pengakuan ikhlas Mohd. Nor Musa, 37, mengenai status rumah tangganya dengan wanita berusia 106 tahun, Wook Kundur, yang kononnya dikatakan sedang dilanda gelora.

Menurutnya, sejak mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahun lalu, perkahwinan mereka tidak bermasalah bahkan semakin menyayangi satu sama lain, walaupun dipisahkan jarak umur 69 tahun.

"Memang ada saya dengar orang yang bawa cerita kurang elok tentang perkahwinan kami, malah ia sudah didengar sejak awal perkahwinan lagi".

"Kami tak mahu layan cakap-cakap itu kerana tak mampu menjawab khabar angin itu."

"Apa yang dapat kami katakan ialah rumah tangga terus bahagia dan kami sepakat dalam kehidupan seharian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, di sini semalam.

Perkenalan pasangan umpama 'cucu dan nenek' itu bermula apabila Mohd. Nor menyewa rumah milik Wook di kampung itu empat tahun lalu dan banyak membantu kehidupan wanita yang dianggap sebagai ibu angkat itu.

Wook yang ketika itu tinggal berseorangan, kemudiannya mencadangkan supaya mereka berkahwin bagi mengelak pandangan serong masyarakat dan agar Mohd. Nor dapat menjaganya dengan lebih sempurna.

p/s : kebahagian sesiapa boleh dapat . yang penting kita tau macam mana nak menjadikan kebahagiaan itu yang terbaik buat kita dan pasangan kita .. kan sayang

10:09 AM

Tuesday, November 25, 2008


BELL & FARHANA : SAH CERAI
Mengaku buat silap, cadang rujuk semula



KUALA LUMPUR - "Aku ceraikan kau... TQ... selamat berjaya."
Itulah antara ayat dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar dramatis terkenal, Nasrizal Ngasri, 28, kepada isterinya, Nur Farhana Mahamad Fauri (gambar), 26, pada 22 Oktober lalu kira-kira pukul 3 petang.

Akibatnya, lafaz cerai yang dilakukan melalui SMS itu disahkan oleh Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad Zin dan jatuh talak satu kali pertama.

Keputusan itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan selepas mendengar penjelasan Nasrizal yang lebih dikenali dengan nama Bell dan Nur Farhana atau Syasya.

Menurut Syasya, Bell telah menghantar SMS tersebut kepadanya pada 22 Oktober lalu dan pada ketika itu dia berada di rumah manakala Bell di lokasi penggambaran.



Ketika ditanya hakim punca SMS itu dihantar, Bell memberitahu, semuanya salah faham kerana ada orang memberitahu Nur Farhana ternampak Bell di suatu tempat dan bukannya menjalani penggambaran.

Rentetan daripada itu, kedua-dua pasangan itu bergaduh melalui SMS sehinggalah Bell mengirimkan SMS cerai.

Nur Farhana ketika ditanya hakim apa yang Bell lakukan selepas itu, katanya, Bell menghubunginya dan bertanya sama ada menerima kiriman SMS itu atau tidak dan Syasya menjawab, ada.

Bell kemudian memberitahu kemungkinan orang yang dilihat itu adalah pelanduk dua serupa dengan berkata: "Banyak sangat kembar saya."

Sementara itu di luar mahkamah, Bell yang tertidur ketika hakim memanggil kesnya sehingga dikejutkan oleh Syasya memberitahu pemberita, dia mengakui kesilapannya itu dan ia merupakan pengalaman dan pengajaran buat dirinya.

p/s : dowang ingat kahwin cerai ni memain jerk ek .. peringatan untuk aku & hubby jugak

12:09 PM

JENJALAN! MELAKA RIA!





















































aksi² aku and hubby semasa berada kat melaka. sonok bangat jenjalan ni . aku tunggu masa cuti panjang and aku nak jenjalan pepuas sampai aku puas la.


10:40 AM

PICTURE²! GAMBAR²!


Posing kat umah mak itam ... suka gilak pic ni!



kete kepak kat belakang ni is my hubby nyer! i nyer kete kelisa yang comel sebelah kiri tu. comel macam i kan! kan! kan!


10:21 AM

FAMILY²! KELUARGA²!

Huhuhuu~! baru ni la sempat aku nak up picture raya aku. Ni lah aku and hubby masa raya tu ari. Taun ni 1st time aku raya sebagai seorang isteri . Sedih gilak part nak bersalaman tu al maklum la rasa macam banyak lak dosa aku ngan hubby . Masa ni tak sempat nak make up or letak bedak skit pon takut part yang nangis² tu boleh mencairkan my make up

ni plak my hubby family adik beradik tak ramai pon . family my hubby terdiri daripada abah mentua, mak mentua, kak ipar & adik ipar. 3 orang jerk adik beradik my hubby ni so far aku happy sebab ada family macam ni coz memang sporting gilak! sayang semua muahh!

ni pulak family kak ipar aku. so far kak ipar aku ni best sangat . sometime ada jerk citer yang kitaorang nak sembangkan cuma ada masa tak sempat nak jumpa coz sibuk ngan keje. Kalau sembang pon kat YM jerk la.


ni la mak mentua & abah mentua aku Puan Leha & En Ishak . mak mentua paling happening aku jumpa coz suka sangat ketawa. tapi bila time marah or tempature naik tu dah tak bleh handle . abah mentua lak sowang yang tak banyak cakap tapi teror masak boleh gitu!

ni plak adik beradik ngan mak mentua aku . dari kiri ke kanan kak ipar aku [cmne leh menyelit ni ], mak busu, mak mentua aku aka mak ngah, mak uda, aku [ehh aku pon ada menyelit jugak!] mak andak and acik. ramai adik beradik pompuan ni mak mentua aku

ni plak keluarga besar bagi family belah hubby aku . dowang semua memang sempoiiii

9:09 AM

It's Love Song!

Ari Lasso & Bunga Cinta - Aku & Dirimu

Aizat - Lagu Kita

6ixth sense - Tanpa


Jason Mraz - I'm Yours

Alicia Key - No One

Once [Dewa] - Dealova

Adam AF2 - Benar Benar

About Me!


Name : aRyaNty Hj haMidOn
Age : 25 years old [08 June 1983]
Location : Johor Bahru [Majidi Town]
Status : Married
Company : NamFatt Const Sdn Bhd
Email address : aryn_yantie@yahoo.com

Favourite Lyric!

Aizat - Lagu Kita

Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Oh..oh..oh Oh..oh..oooh

Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Terciptalah lagu kita

*****************************

Adam - Benar Benar

Sayang, ku benar-benar cinta…
Semalaman ku tak kering mata
Didukung kekabu melapik pilu
Mengharap esok bisa menjanjikan sebuah lembaran baru

Sejak kita berdua berpisah
Aku tak habis-habis gelisah
Apakah itu tandanya bahawa…

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang

Semalaman lagi bersendiri
Parahnya diseksa sunyi sepi
Beginikah perasaan pabila kita disisih cinta

Ku sangka ku tabah berdikari
Rupanya rapuh untuk berdiri
Kembalilah kau kepada ku kerana…

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang

Shout Me!

It's Love Friends

Hubby Tagged
Hubby Friendster
Tukiman Corner's
Qistina Corner's
Ruby Leen Corner's
Ringgo Corner's
Sharkz Corner's
Bro Tupai Corner's
Kenshiro Corner's
Honey Bee Corner's
Yazzid Corner's
Yusry Hackers Corner's
Mizz Mazz Corner's
Faizah Luna Corner's
JujuJahat MySpace
Aneeq Corner's
Fidut'Corner's
Cari Corner's
Iffie Corner's
Jujujahat Corner's
JujuJahat Cute Corner's
Labamba Corner's
Lavender Corner's
Nanny Corner's
Nazbard Corner's
Polaris Corner's
Princess Sweepy Corner's
Sweepy Corner's
Wira Corner's
Arieblur Corner's
Wan Khairi Corner's
Priablur Corner's
Hatta Dolmat Corner's
BudakGemok Corner's
Ruby_Leen Corner's
Zoul Corner

Love Place


.: sYok.Org :
tempat yang selalu aku lepak sampai lupa dunia, lupa makan, lupa keje

Memoirs


March 2006
May 2006
September 2006
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
March 2008
April 2008
May 2008
July 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
July 2009
May 2010

Be Voter!

Camne Ngan Blog Aku
Alamak T'lebih Sudah
Okay la tu
Sempoi
Redah Jerk
Tak Best
  
pollcode.com free polls

Total View!

Hit Counters

Time & Date!

Playlist!


Always Be My Baby - David Cook Music Code

Love Part!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Other Link's!

Credits

Powered by: |x|
Designed by: |x|
Photohosting by: |x|
Brushes by: |x|
Image by: |x|